Apa itu saiz pasaran atau market cap saham

Nama : Mohd Shukri Bin Mahadi

Asal : Melaka

Posisi :

Exclusive Partner FP Markets Malaysia (Share CFD)

Platinum Regional Partner FXPRIMUS Malaysia (FX CFD)

Pengalaman trade dan industri trading:

Mula trade saham bursa malaysia awal 2000. Kemudian dikenalkan perdagangan FX dari rakan-rakan sekitar 2005. Kenangan manis, dapat tempat ke7 dalam competition FXPrimus dengan 240% ROI dalam masa sebulan. Menjadi IB di FXPRIMUS dari tahun 2010 sehingga kini. Sekarang mula memperkembangkan perdagangan saham secara CFD dengan kerjasama FP Markets Australia. Juga kini menyambung pembelajaran Master Of Business Adminstration MBA.


Segmen Perkongsian

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi tentang bagaimana menganalisa sesuatu syarikat berdasarkan size pasarannya atau disebut market capitalisation. Markep cap merujuk kepada saiz sesuatu syarikat dalam nilai matawang samaada USD/MYR dsbnya.


Formula market cap:

Jumlah keseluruhan saham (outstanding shares) X harga sesaham semasa = market cap

Untuk memudahkan para pelabur menilai sesuatu syarikat, market cap boleh dikategorikan seperti berikut:


Saiz

Mega Cap - Market cap of $200 billion and greater (FB/APPL/AMZN/NFLX/GOOG)

Big Cap - $10 billion and greater (Oracle/HSBC/Disney)

Mid Cap - $2 billion to $10 billion (Vielsen/Stoneco/ZebraTech) Small Cap - $300 million to $2 billion(Coke/Focus/Atlantica) Micro Cap - $50 million to $300 million (FTEO/MCB/HABT) Nano Cap - Under $50 million (CSPI/BDL/Novn) Risiko

Syarikat Big cap dan Mega cap secara asasnya dianggap syarikat yang stabil, telah lama dalam pasaran dan secara relatifnya rendah risiko. Lebih rendah market cap sesuatu syarikat maka lebih tinggi risiko saham syarikat tersebut.


Perubahan cap

Market cap sesuatu syarikat boleh berubah berdasarkan kepada dua faktor iaitu:

Perubahan harga saham

Penerbitan warrant oleh syarikat

Penerbitan warrant oleh syarikat boleh menyebabkan pertambahan saham syarikat di dalam pasaran. Ini boleh mengakibatkan kesan negatif atau dikenali sebagai share dilutions.


Salah faham

Harus diambil perhatian, market cap bukanlah nilai buku (book value) sesuatu syarikat. Nilai buku sesuatu syarikat dinilai menggunakan analisa fundamental dengan melihatkan kepada “balance sheet” dan “cash flow”.

Market cap boleh jadi overvalued atau undervalued bila dibandingkan dengan book value. Disinilah value investor menggunakan analisa fundamental untuk mencari saham-saham undervalue untuk pelaburan jangkapanjang.


Segmen Saham Pilihan

SQUARE FINANCIAL (SQ)



2018 @USD100 (hi point)

Peratus kenaikkan 733%

Pada minggu ini saya akan berkongsi satu saham yang berada dalam portfolio saya.

Saham Square financial ini telah meningkat 733% dalam masa dua tahun.


Cara membeli?

Sekiranya rakan pembaca berhasrat untuk membeli saham SQ, FP Markets ada menawarkan saham SQ secara CFD. Modal yang diperlukan ialah 20% sahaja dari harga semasa.

Harga semasa

Modal CFD (20%)

50 Unit Cash = USD3600

50 Unit CFD = USD720


Berdasarkan jadual diatas, dalam kaedah biasa, untuk membeli 50 unit saham SQ, kita memerlukan modal USD3600. Dengan penggunaan CFD, FP Markets menawarkan SQ dengan keperluan 20% sahaja iaitu USD720 untuk membeli 50 unit SQ.


PERINGATAN!!

Saya bukanlah “certified financial advisor”.

Segala perkongsian yang dibuat bertujuan untuk pendidikan sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi saya di

http://swingtrading.wasap.my

https://www.facebook.com/mohdshukrimahadi.

Sekiranya rakan pembaca berminat untuk menjadi agen FP Markets (remisier) silakan menghubungi saya. Tidak menjadi masalah sekiranya anda sedang menjadi IB dimana-mana juga broker FX kerana produk saham ini berlainan dari FX. Anda berpeluang menambahkan portfolio penawaran produk untuk para pelanggan anda dan memberi lebih banyak pilihan kepada mereka. Support dan pengajaran juga kami sediakan.

Terima kasih.

www.shukrimahadi.com

www.smarttrader.com

  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now