Buku Motivasi I.C.U 

Karya Motivasi : I.C.U

Dari ICU Mencapai Kebebasan Kewangan. Salam Jumaat Baraqah. (15/11/2019) Di hari yang mulia ini saya ingin memaklumkan kepada rakan-rakan FB tentang buku pertama yang saya hasilkan. Ini ialah buku tentang perjalanan hidup saya melalui detik-detik merasai hampir mati dan kemudian bangkit mengejar impian hidup. Seterusnya jalan hidup saya bertukar 360' dan kini dengan izin-Nya saya telah mencapai kebebasan kewangan. Disamping kisah hidup saya, di setiap bab buku ini saya turut berkongsi tips yang berguna yang boleh pembaca manfaat dan mengambil contoh untuk mencapai kejayaan hidup. Untuk mendapatkan naskah sulung dari saya ini, sila rujuk:

Terima kasih.

Shukrimahadi.com

Snapshot: Buku ini menceritakan bagaimana saya mencapai financial freedom atau kebebasan kewangan pada usia 40 tahun. Bila saya katakan kebebasan kewangan, ini bermakna saya boleh bersara dan berhenti membuat sebarang aktiviti ekonomi sama sekali, tetapi pendapatan saya tidak akan berhenti. Saya boleh tidak lagi bekerja untuk wang, tetapi wang yang bekerja untuk saya. Kini dengan izin yang Maha Esa, jika saya membuat keputusan untuk tidak berbuat apa-apa pun, saya boleh meneruskan hidup yang sempurna dengan hanya meraih pulangan dari pendapatan pasif saya. Ini bukanlah kenyataan yang angkuh lagi sombong, bukan juga ingin menunjuk-nunjuk apatah lagi untuk riak, tetapi tujuan saya hanyalah ingin memberi kesedaran kepada rakan-rakan semua dengan mengambil cerita kehidupan saya sebagai eye opener yang seterusnya boleh menjadi inspirasi dan motivasi untuk mencapai financial freedom seperti saya. Dalam buku ini saya menceritakan kepayahan dan cabaran yang saya hadapi. Bukan itu sahaja, dalam setiap topik saya akan berkongsi info dan tips-tips berguna yang kebanyakan tidak diajarkan di sekolah. Kebanyakannya saya dapat dari pengalaman dan pencarian saya sendiri. Saya yakin info-info ini amat berguna untuk semua rakan pembaca. Saya hanyalah insan biasa, budak kampung yang hidup sederhana. Saya bukan anak hartawan. Mungkin ada kalangan rakan-rakan yang membaca buku ini berasal dari keluarga yang lebih berada dari saya. Ibu bapa saya tiada harta benda yang boleh saya warisi. Namun, saya bersyukur dan berterima kasih kepada kedua orang tua saya kerana mereka memberi saya ilmu kehidupan yang lebih bermakna dari harta benda dan wang ringgit.

77 views
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now