FXCM USA TUTUP (latest news)



FXCM Permanently Banned From The USA

Hari ini ini 2/Feb/2017 industri forex seluruh dunia dikejutkan dengan berita PENUTUPAN FXCM USA. Untuk makluman FXCM adalah salah satu broker terbesar didunia dengan market share hampir 40% di Amerika sahaja.

Disaming itu saham FXCM juga didagangkan di pasaran NASDAQ.

FXCM didenda sebanyak USD7million dan akan dikeluarkan dari penyenaraian CTFC yang membawa maksud mereka tidak dibenarkan beroperasi atau menerima pelanggan dari USA.

Bagaimana Kita Memahami Isu FXCM (rujuk rajah diatas)


Perkara UTAMA

FXCM didapati telah menipu para pelanggan mereka dengan mengatakan bahawa mereka ialah broker yang FULLY STP.

Fully STP membawa maksud order dari TRADERS akan melalui BROKER kemudian di pass kepada LIQUIDITY PROVIDER dan akhirnya akan sampai ke pasaran INTERBANK.

Tetapi dalam kes FXCM order tidak dihantar kepada LP tetapi di routing kepada 3rd party platform yang dikenali sebagai EFFEX capital.

Lebih mengejutkan EFFEX ini ialah milik FXCM sendiri dan beroperasi di dalam bangunan FXCM.

Sepanjang 2010-2014 EFFEX capital telah menjana USD77 Million dari aktiviti market making. Ini beerti wang itu ialah wang loss para pelanggan FXCM.

Perhubungan antara FXCM dan EFEEX adalah dirahsiakan sepenuhnya sehingga 2014.

Kesalahan Lain

+ Pelanggan FXCM dinafikan best price execution.

+ FXCM memberi maklumat mengelirukan kepada NFA dalam usaha untuk menyembunyikan hubungan mereka dengan Effex Capital.

+ FXCM gagal untuk melaksanakan program pencegahan pengubahan wang haram yang memuaskan,

+ FXCM gagal melaksanakan dasar yang memuaskan untuk kecukupan margin dan pembubaran.

+ FXCM gagal mengutip deposit keselamatan bagi dagangan runcit forex.

+ FXCM gagal memberi layanan yang saksama kepada pelanggan apabila pelarasan harga dikehendaki.

+ FXCM gagal menyediakan data perdagangan yang lengkap kepada NFA.

+ FXCM gagal untuk betul mengira rizab modal minimum yang diperlukan (modal bersih) untuk melindungi daripada kebankrapan.

+ FXCM gagal untuk secara segera memberitahu NFA kekurangan modal

+ FXCM gagal menyimpan rizab tunai yang mencukupi untuk menanggung liabilitinya kepada pelanggan.

+ FXCM tidak mematuhi keperluan ketua pegawai pematuhan. Compliance officer.

+ FXCM gagal untuk melaksanakan pengurusan risiko yang mencukupi.

+ FXCM gagal menyelia secukupnya pekerja dan pegawai-pegawainya.

Apakah nasib pelanggan fxcm

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh FXCM, semua akaun dan data pelanggan akan di jual kepada broker lain iantu GAIN CAPITAL, pemilik FOREXdotCOM.


DANA PELANGGAN ADALAH DILINDUNGI SEHINGGA

EUR2.5 MILLION DI FXPRIMUS.

Sekian semoga anda mendapat manfaat dari artikel ini.

shukri mahadi

founder of FOREXISBIZ

sumber

financemagnets

zerohedge

#fxcm

  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now