Kompilasi Jawapan #TANYASHUKRI V3


Pemenang Soalan Terbaik :

Soalan @Helmi Rizal

Tuan, bagaimana saya nak bezakan antara broker yang telus dan x telus, serta bagaimana nak bezakan antara broker stp dan broker market maker? Tolong pencerahan tuan.

Jawapan:

Saya pernah menulis artikel bagaimana mengenalpasti broker MM dan STP.

Rujuk artikel:

http://www.shukrimahadi.com/single-post/2016/10/15/Untitled

Walaubagaimanapun saya ingin membuat tambahan input berkenaan soalan Tuan Helmi.

1. Harus diingat broker yang memilih untuk menggunakan model market making atau B-Book tidak melakukan sebarang kesalahan dari segi undang-undang. Ia adalah dibenarkan dan sebagai contoh OANDA ialah broker market maker yang terbesar didunia.

2. Walaubagaimanapun apabila kita melihatkan kepada BIAS atau kecenderungan, sebagai peniaga apakah kita mahu RUGI? Saya pasti tidak ada sesiapa yang mahu rugi. Dalam model MM, apabila trader untung..broker rugi..apabila trader rugi..broker akan untung.

3. Sedikit tambahan bagaimana melihat model broker yang diguna berdasarkan maklumat di CYSEC website. Sebagai contoh kita rujuk FXPRIMUS melalui entity berdaftar PRIMUS GLOBAL LIMITED:

https://www.cysec.gov.cy/en-GB/entities/investment-firms/cypriot/42644/

Lihat perkara Investment services ,Execution On Behalf Of Clients.

Ini Bermaksud FXPRIMUS hanya menggunakan STP dan ECN model.


Sebagai perbandingan terdapat broker lain yang menyatakan tambahan dalam model yang digunakan: Dealing On Own Account


Jika kita rujuk definisi ini yang diberikan oleh MIFID, terma ini membawa maksud Market Making.

https://www.emissions-euets.com/internal-electricity-market-glossary/527-dealing-on-own-account


Sekiranya broker yang anda gunakan berdaftar dengan CYSEC, anda boleh periksa sendiri menggunakan link ini:

https://www.cysec.gov.cy/en-GB/entities/investment-firms/cypriot/

semoga bermanfaat.

=====================================================================================================

Soalan @Ismail

assalamualaikum tuan.Apakah persediaan yang perlu di lakukan sekiranya ingin menjadi full time trader?

Jawapan :

Saya juga pernah menulis artikel tentang soalan ini:

http://www.shukrimahadi.com/single-post/2016/12/04/Special-Artikel-Bagaimana-Bersedia-Menjadi-Fulltime-Trader

semoga bermanfaat.

Soalan @Ramli Samsuri

Tuan, ikut teknikal trend dah cantik, kita pun masuk. Elok je kita masuk tak sampai 5 minit, dia tukar arah. Tapi kalau kita tak masuk, boleh pulak trend dia continue. Boringlah camni.

Jawapan:

Ini ialah yang dikatakan emotional management. Sebenarnya tak kira sama ada kita masuk trade atau tidak, market akan bergerak mengikut BID dan ASK order yang ada. Apabila banyak seller dari buyer, maka market akan turun.

semoga bermanfaat.

Soalan @Jek Azevin Egang

Tuan, Bagaimana untuk mengenalpasti berakhir dan memulakan trend markert?

Jawapan:

Kaedah yang paling bagus bagi saya ialah menggunakan market structure DOW Theory.


Dalam UPTREND, apabila market telah tidak mampu membuat new higher high dan telah membuat new Lower Low dan Lower High... besar kemungkinan perubahan trend akan berlaku dari BULLISH ke BEARISH.

Saya rekomen lihat structure menggunakan TF H4 dan ke atas.

semoga bermanfaat.

Soalan @Muhammad Farhan Mohd Ali

Apakah skop kerja MIB dan IB? Apa perbezaan antara mereka berdua selain drpd komisen?

Jawapan:

Pada pandangan saya:

MIB berfungsi sebagai orang yang merekrut IB. Disamping itu mereka perlu mendidik dan membimbing IB untuk menjadi IB yang efektif dan berilmu.

Manakala IB pula ialah ejen broker yang akan mempromosikan faedah dan kelebihan broker yang dibawa kepada para trader/bakal pelanggan.

IB yang bagus akan membantu menyelesaikan masalah trader dan membantu dari segi edukasi kepada para pelanggannya.

semoga bermanfaat.

Soalan @Suffian Hashim

Fundamental ngan teknikal. Org kata fundimental win 80%. Betul ke

Jawapan:

Saya sangat sokong kenyataan tersebut.

Fundamental akan menentukan LONG TERM TREND.

Manakala teknikal boleh digunakan untuk membantu menentukan ENTRY,SL dan TP berdasarkan sejarah support dan resistance yang boleh diplot diatas chart.

semoga bermanfaat.

Soalan @Mahathir Ridd

Mana lebih menguntungkan ..trade forex, crypto dan invest dlm perbankan di local bank?

Jawapan:

Salah satu sebab mengapa para trader memilih untuk berdagang sendiri ialah kerana ingin mencari peluang yang lebih baik dari menggunakan kaedah pelaburan konvensional.

Dagangan sendiri is all about TAKING CONTROL of your financial objectives.

Walaubagaimanapun bila kita bercakap tentang investment.. semuanya bergantung kepada prinsip HIGH RISK HIGH RETURN.

Sebaiknya invest dahulu dalam pelaburan konvensional.

Hanya 10% dari portfolio pelaburan sahaja yang sesuai untuk pelaburan berisiko tinggi.

semoga bermanfaat.

Soalan @Mohd Noor FX

apa beza saham dgn forex dari segi trading?

Jawapan:

Terdapat beberapa perbezaan ketara:

1. Forex boleh mula dengan capital serendah 10USD atau 100USD. Saham tidak boleh.

2. Forex diberi kemudahan leverage yang besar sehingga 1:1000 atau lebih. Saham tidak.

3. Forex boleh berdagang 24jam sehari 5 hari seminggu. Saham bergantung kepada geography.

4. Dagangan FOREX lebih dari 5.5 Trillion sehari. Ini memberi liquidity yang tinggi. Saham jauh lebih rendah.

semoga bermanfaat.

Soalan @Kelaut FX

Cikgu ada tak EA yg konsisten

Jawapan:

Jawapan saya tiada.

Melainkan anda mempunyai trading strategy sendiri dan kemudian di EA kan.

99% EA yang dijual dipasaran adalah SAMPAH dan di recycle.

http://www.shukrimahadi.com/single-post/2016/12/25/Penggunaan-EA-Manusia-VS-Robot

semoga bermanfaat.


9 views
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now