Memahami Kesan Pilihanraya USA Dengan Mudah..



KESAN PILIHANRAYA USA TERHADAP PASARAN

Saya terpanggil untuk turut sama membuat sedikit penyelidikan tentang bagaimanakan pilhanraya yang TERPENTING didunia ini bakal memberikan impak terhadap pasaran kewangan, terutama bagaimana ia menyediakan kita sebagai pedagang matawang.

Saya telah membuat pembacaan secara intensif dan cuba menyampaikan dalam bahasa yang mudah difahami.

Kita ialah pedagang pasaran, jadi siapa pun yang bakal memenangi pilihanraya ini akan mengubah lanskap ekonomi, politik, hubungan antarabangsa diseluruh dunia.

Untuk makluman,

HILLARY = Calon Demokrat

Trump = Calon Republikan

  1. POLL

Disepanjang kempen ini, tinjauan mendapati Hillary mendahului dari awal lagi. Walaubagaimanapun minggu lepas, FBI telah membuka semula kertas siasatan berkenaan scandal email beliau. Selepas dari itu tinjauan mendapati Trump sudah mula mengatasi Hillary.


  1. TAX

Hillary :

Menaikkan kadar cukai bagi golongan berpendapatan tinggi.

Kesannya ialah ia tidak akan membantu pasaran equity tetapi membantu pasaran bond dengan kadar faedah yang rendah.

Trump:

Memotong kadar cukai bagi semua peringkat.

Kesannya ialah akan memacu local consumption dan akan membantu pasaran equity berkembang.

Walaubagaimanapun potongan cukai akan mengurangkan pendapatan Negara kepada deficit yang lebih besar. Jadi dalam jangka masa panjang ia adalah polisi yang berisiko.

2. DAGANGAN ANTARABANGSA

Kedua-dua calon berjanji akan re-negotiate terma-terma dalam perjanjian perdagangan seperti NAFTA dan TPPA. Walaubagaimanapun Trump dilihat lebih keras dalam pendekatan beliau.

Kesan

Matawang Mexico dan China akan paling terjejas dalam jangkamasa pendek kerana mereka ialah rakan dagang terbesar USA. Secara general, pasaran matawang Negara membangun akan lega melihat Hillary yang menjadi President.

3. ENERGY

Hillary

Akan menggalakkan teknologi hijau dan akan menggurankan penggunaan bahan api fossil sehingga 1/3.

Trump

Akan menggalakkan dan memudahkan regulasi berkenaan industry Oil And Gas.

Kesan

Kemenangan Hillary akan meningkatkan harga OIL n GAS kerana pengurangan supply. Manakala Trump pula akan menyebabkan harga minyak jatuh.

4. FEDERAL RESERVE (FR)

Hillary

Berkemungkinan besar akan mengekalkan Janet Yellen ataupun menggantikan dengan pilihan yang konservatif (dovish).

Trump

Akan menggantikan Yellen setelah beliau membuat serangan terhadap keputusan FR mengekalkan kadar faedah yang rendah.

Kesan

Sekiranya Trump memenangi, USD dijangkan akan mengukuh secara drastic atas polisi yang agresif (hawkish) dari FR.

5.Kitaran Market

Kajian yang dibuat oleh FARADAY investment, terdapat kitaran yang berbeza terhadap pasaran equity bergantung kepada parti pemerintah;

Secara statistik * just to simplify.....

DEMOKRAT MENANG = EQUITY UP , USD UP

Equity market:


USD Index:


MAKLUMAN

Pasaran akan dibuka seperti biasa pada hari pilihanraya dan hari keputusan diumumkan. Sebelum tahun 1984 pasaran akan ditutup untuk mengelakkan aktiviti spekulasi dan panic.

Sekian diharapkan rakan-rakan pembaca mendapat manfaat dari blog post ini.

Untuk mendapatkan daily intraday outlook terus ke telefon anda...sila add whatsapp 0126161101 (nyatakan nama dan lokasi anda)

sumber rujukan:

TradingEconomics. com, Faraday Research

S&P Capital IQ

FiveThirtyEight.com

#fxprimus #forex

  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now