PART 1: 10 Elemen Trading Plan Berjaya



Salam sejahtera,Tidak seperti perniagaan konvensional...para trader jarang-jarang ada yang membuat trading plan. Jadi dalam artikel ni aku nak tanya korang soalan-soalan simple dengan harapan korang will get the ideas..

SOALAN #1 : BERAPA BANYAK TRADE YANG KORANG BUAT UNTUK NILAI PERFORMANCE?

Dalam biz konvensional..syarikat2 akan membuat performance review selalunya suku tahunan, dwi tahunan atau tahunan.Sebagai trader tak berapa sesuai untuk menilai menngunakan TIME BASED.

Aku cadangkan korang nilai performance berdasarkan WINNING PERCENTAGE (%) over number of trades taken. Jumlah trades harus banyak jadi kita ade jumlah samples yang bagus untuk membuat statistiks. 100 kali trades adalah jumlah yang sesuai bagi scalping or intraday. Bagi swing or position strategy maybe 30/50 memadai.

SOALAN #2 : KENALPASTI KEY PERFORMANCE INDICATOR

Terdapat 2 kaedah :

A) R

Ratio profitable trades bahagi losing trades. Aku lebih gemar kan 1 Risk : 3 Rewards.

Sebagai contoh dalam 10 sample trades, korang menjana USD1500 profits dan $500 loss.1500/500 = 3 = R Kenal pasti dalam dari jumlah trade korang dalam soalan #1 untuk mendapatkan jawapan ini.

B) DRAWDOWN

DD ialah perkiraan lowest dollar value dalam satu cycle.

Contoh modal permulaan korang ialah $1000..dan nilai equity jatuh ke paras $800 sebelum trade itu di CLOSED pada keadaan profit. Ini bermakna perkiraan DD Itu ialah 20%.

Paras DD ni akan korang kira semula dalam cycle yang seterusnya. Let say cycle pertama ialah 10X trading. DD ialah 20%.

Untuk cycle yang kedua...maybe modal 1000 tadi dah jadi 1500. Jadi mula semula mengawal DD korang ke paras yang lebih rendah.

Bersambung...

SOALAN #3 : KENALPASTI MASA ANDA TRADE YANG PALING EFEKTIF

Elakkan over trading. Masa yang paling baik untuk trading sekiranya korang ialah day trader ialah pada waktu high volatility seperti waktu LONDON dan NEW YORK session.

Tapi kalau anda ialah seorang scalper gap waktu antara New York close dan Asian session ialah waktu yang sesuai.

So ini bergantung kepada strategy anda. Walau bagaimanapun...limit your trades and jangan syok sangat tekan order tu.

SOALAN #4: KENALPASTI TRADING STRATEGI

Limitkan trading system korang kepada satu atau dua teknik sahaja. Lebih simple lebih bagus. Don't get over complicated sampai korang tak boleh buat keputusan. Amalkan KISS strategy. KEEP IT SIMPLE STUPID.

Antara teknik yang korang boleh focus ialah:

  • Breakout

  • Pull back

  • Trend following

SOALAN #5 : KENALPASTI INSTRUMENS.

Terdapat banyak instruments dari currency, CFD, energy, metal, index, komoditi dan lain-lain lagi.

Aku cadangkan focus kepada currency dan Limitkan kepada satu atau dua sahaja pair untuk permulaan.

Penting korang focus kepada sikit pair sebab disamping Analisa Teknikal...korang kena tau fundamental analisis setiap pair yang terlibat.

Sekiranya sampai 10 pair. Maka korang kena analyse 20 fundamental negara yang terlibat. So nampak tak problem kat situ?

Also aware pada news calendar yang korang boleh check waktu, previous and expected numbers. Aku ade buat video tutorial pasal fundamental analysis and bagaimana price respond dengan data yang dikeluarkan. Korang boleh check di http://www.shukrimahadi.com/fibtv


SOALAN #6 : KENALPASTI STOP LOSS.

Always place a stop loss. Stop loss bukan sesuatu yang tak baik. Stop loss lah yang akan membolehkan korang stay lama dalam market. Ada banyak cara menentukan nilai SL. Sebagai contoh

  • Recent swing high or swing low.

  • Daily ATR

  • Fixed percentage

  • SNR level

Ape pon kaedah nya try to limit SL not more than 2% per trade.


SOALAN #7: KENALPASTI EXIT POINT

Kita sering terdengar atau terbaca tentang LET YOUR WINNERS RUN. Yes...secara teori nya memang begitu. Namun how far it can run is very hard to say. Selalunya perasaan tamak akan mula menguasai diri.

To have a clear exit strategy korang sekali lagi boleh gunakan Konsep yang sama:

  • Recent swing high or swing low.

  • Daily ATR

  • Fixed percentage

  • SNR level

  • RRR 2:1

Also..always move your SL to break-even selepas korang dpt 30/50 pips.

SOALAN #8: BERAPA BANYAK MODAL YANG DIPERLUKAN

Always trade with money you can afford to loose. Jangan trade dengan duit kredit atau PINJAMAN. Principle paling asas dalam investing ialah invest dengan duit lebihan setelah tolak semua perbelanjaan dan saving.

Contoh selepas setahun bekerja. Korang ade duit simpanan RM10000.

Jadi korang hanya boleh mula kan trade dalam instruments berisiko tinggi seperti forex hanya dengan RM2500@25%. Sebab apa apa pon yang berlaku tak memberikan mudarat yang melampau kat korang.

Nauzubillah kalau korang pinjam duit mak bapak ..sedara mara...kawan kawan...personal loan atau guna credit card. Buruk akibatnya nanti.

SOALAN #9: BILA NAK BEREHAT

Ini jarang diperkatakan. Biasanya korang akan terus enter tak kira lah selepas untung besar atau rugi besar.

Aku secara peribadi akan rehat seminggu trade selepas 100 kali trades untuk BEREHAT atau membuat update trade journal atau memperbaikki apa apa kelemahan dalam trading plan.

Market sentiasa buka jadi apa nak ditakutkan. Esok kan masih ada.

SOALAN #10: LIMIT UP OR LIMIT

Ini sebenarnya salah satu SOP professional trader/hedge fund . Sebagai contoh apabila seorang trader itu telah loss 3% dalam hari itu...maka dia akan diberi rehat dan pulang kerumah. Begitu jugak kalau dia hit 6% profit maka dia juga akan di minta pulang ke rumah.

Jadi bagi aku ini practical untuk diamalkan sebab ini boleh menstabilkan emosi sebagai seorang trader. Stop after taking losses or profits and do something else like running..reading etc.

Sekian. Sepuluh elemen trading plan yang berjaya. Dalam blog yang akan datang aku akan bagi samples/contoh menyediakan trading plan.

Kalau blog ini bermanfaat apa lah salah nya korang share kan ke FB untuk makluman kawan kawan lain. Tak luak pon ilmu Allah SWT tu. Jangan lah selfish ok...aku boleh amik masa berjam-jam untuk tulis dan share pada korang...takkan nak tekan button share pon korang nak berkira...

Wallahualam.

Shukrimahadi.com

PRIMUS ACADEMY FREE TRADING COURSE


#trading #forex #fxprimus

11 views
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now