Penggunaan EA, Manusia VS Robot



Trader forex sering berdebat samaada lebih baik trade menggunakan EA (robot) atau pun manual trade??

Saya selaku admin di www.forexisbiz.com yang telah ditubuhkan pada 2008 telah melihat pelbagai jenis EA yang terdapat dalam pasaran.

Jadi izinkan saya memberi sedikit pandangan berkenaan dengan auto-trading ini.

Secara spesifik terdapat dua jenis EA:

1. EA yang dijual

2. EA yang dibuat sendiri/upah programmer


EA Yang Dijual

Terdapat banyak EA yang dijual didalam pasaran. Kemuncak kegilaan zaman EA ialah sekitar tahun 2008-2012. Terdapat banyak website yang menjual EA pada waktu itu. Sehingga banyak forum dan rating website yang tumbuh berkenaan dengan EA.

Antara EA yang menjadi viral pada ketika itu antaranya..Fapturbo, Megadroid,Wallstreet EA. Disamping itu anda beribu-ribu lagi EA yang keluar setiap hari dengan pelbagai strategi. Tapi basically kebanyakkan ea mempunyai logic code yang sama. Cuma dibuat sedikit penambahan dan diberi nama baru.

Kebanyakkan EA ini sebenarnya tidak berfaedah. Tapi kerana kegilaan para traders untuk menjadi cepat kaya tanpa perlu menghadap komputer, maka industri EA tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Apakah logik nya EA berharga USD99 boleh mengubah hidup anda?

Berikut ialah faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli/guna apa-apa EA:

1. Tiada suatu EA yang sesuai dengan setiap cycle pasaran.

2. Sesetengan EA hanya profit dalam waktu ranging, ada yang profit waktu trending.

3. Data backtest tidak menjamin keputusan yang sama dengan LIVE trade. Kerana dalam backtest tiada elemen spread widen, slippages.

4. Penggunaan broker juga boleh membuatkan result yang berbeza.

5, Penjual EA boleh membuat curve fitting iaitu menukar parameter EA pada cycle yang rugi untuk mendapatkan laporan backtest yang perfect.


EA Yang Dibuat Sendiri

Untuk kategori ini, anda amatlah digalakkan untuk membuat automasi terhadap trading strategy anda sendiri.

Setelah membuat kajian dan analisa history trading secara manual, dan keputusan nya bagus, maka next step ialah membuat nya menjadi EA untuk membantu anda membuat trading secara automasi.

Faedahnya ialah :

1. EA berfungsi mengikut logik dan parameters yang anda telah tetapkan tanpa sebarang emosi tamak atau takut.

2. EA boleh monitor market 24jam/5 hari seminggu 220 hari setahun.

3. EA dapat mengenalpasti dan bertindak lebih pantas apabila trading signal anda telah berlaku.

4. Sentiasa mengikut trading plan yang teah anda tetapkan didalam setting, seperti Money management, risk management dsbnya.

5. Tiada kesilapan manusia. Apabila trade manual anda mungkin mahu SELL, tapi tertekan BUY. Begitu juga anda mahu lot 0.1 tapi tertekan 1.0.


Kesimpulannya

Trade EA adalah digalakkan sekiranya anda sendiri yang membuat EA tersebut berdasarkan trading strategy anda sendiri. Tak perlu lah membeli apa-apa EA di pasaran kerana kebanyakkan nye ialah penipuan.

Semoga artikel ini membantu anda menjadi trader yang lebih baik. Mohon share di FB untuk pengetahuan rakan-rakan trader yang lain.

Untuk membuka akaun trading di FXPRIMUS sila berhubung dengan rakan-rakan IB saya di:

www.shukrimahadi.com/fibteam

Ikuti saya untuk mendapatkan daily outlook and market commentary:

www.Shukrimahadi.com

www.Facebook.com/shukrifib

https://www.facebook.com/Forexisbiz/

#forex #pamm #fxprimus #trading

  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now