Raja Dadah Ada Saham 143 Juta

Sumber FMT News HOMENEWSBERITAOPINIONWORLDBUSINESSSPORTSFMT OHSEM!LIFESTYLEGALLERY Polis sita harta raja dadah bernilai RM366 juta Adam Abu Bakar -January 28, 2020 2:52 PM KPN, Abdul Hamid Bador menunjukkan sitaan harta raja dadah bernilai RM366 juta. KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pasukannya berjaya menyita harta raja dadah dari utara Semenanjung bernilai RM366 juta selepas berjaya mengesan operasi dadah lelaki tersebut. Hamid bagaimanapun berkata, raja dadah itu gagal ditahan kerana melarikan diri dan ketika ini bersembunyi di sebuah negara jiran lebih sebulan lalu. “Kita rampas harta milik raja dadah ini dan terpulang kepadanya untuk dia membuktikannya di mahkamah nanti. Dia melarikan diri, sewaktu polis melancarkan Ops Eagle sejak 10 September lalu dan dia pada ketika itu secara kebetulan berada di luar negara. “Kita sudah meminta bantuan pihak berkuasa dari negara jiran tersebut untuk membantu kita. Rampasan ini merupakan rampasan terbesar dalam sejarah, tidak pernah lagi sebesar ini,” katanya dalam sidang media di Maktab PDRM Cheras, hari ini. Menerusi Ops Eagle Diamond, Hamid berkata, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut menahan 2 lelaki tempatan, 5 lelaki Myanmar dan bakinya dari China berusia antara 33 hingga 51 tahun, dipercayai mempunyai kaitan dengan raja dadah berkenaan. “Bahan bukti yang disita dalam ops ini adalah wang tunai berjumlah RM6,960, wang dalam akaun (RM21 juta), saham (RM143 juta), hartanah (RM198 juta), kenderaan (RM2.7 juta) dan barangan kemas (RM51,800). Antara senarai kenderaan mewah milik raja dadah yang berjaya disita polis. “Lapan individu itu sudah direman bermula dari 16 Jan sehingga 22 Januari ini dan reman sudah disambung sehingga 30 Jan untuk siasatan lanjut,” katanya. Mereka disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Manakala, sitaan harta di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan harta) 1988. Hamid menambah, dalam serbuan ke atas gudang di Prai Industrial Estate, Seberang Prai Pulau Pinang yang disyaki ada kaitan dengan raja dadah terbabit menemukan dadah jenis syabu seberat 4.98kg. “Bahkan serbuk dan cecair kimia (114.6kg) dan peralatan memproses dadah jenis syabu turut dirampas. Anggaran nilai rampasan dadah berkenaan adalah sebanyak RM250,000,” katanya. Menerusi Ops Eagle di Pulau Pinang, polis berjaya merampas 12 tan dadah jenis kokain yang dicampur dengan 60 tan arang batu. Manakala seorang lelaki India warga tempatan ditangkap bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

25 views
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now