TIPS Persediaan Portfolio Pelaburan

Kredit: Zulle Razak



Spekulator: Harga nak ke mana?


Pelabur: Apa nilai sekuriti berkenaan?


Skop memahami harga nak ke mana sama ada menerusi analisa fundamental, analisa sentimen, analisa teknikal atau analisa teknikal dalam pasaran yang Volatile seperti spot Currency adalah sesuatu yang sering menyebabkan seorang pedagang runcit gagal.


Ia kerana faktor penggunaan leverage, faktor maklumat pasaran yang tidak lengkap, faktor pemahaman strategi dagangan yang tidak menyeluruh dan pelbagai lagi kekurangan yang dihadapi pedagang runcit. Ini seterusnya menyebabkan faktor emosi timbul dan mempengaruhi keputusan pedagang.


Manakala kaedah penilaian sekuriti untuk currency Pair sama ada menggunakan forward market, option pricing, indikator dan sebagainya sukar dilaksanakan kerana ia melibatkan faktor mempengaruhi kadar faedah, sentimen pasaran dua negara yang mempengaruhi permintaan serta penawaran.


Sekiranya tiada satu kaedah penilaian, tiada satu kaedah mendapatkan harga yang betul dalam pasaran, bagaimana nak berdagang?


Di sinilah kenapa apa yang perlu dibuat seorang pedagang runcit adalah membina satu sistem dagangan yang bersesuaian dengan objektif dan toleransi risiko.


Langkah pertama adalah membina kepercayaan yang betul kepada dunia dagangan. Dunia pelaburan.


Ini bukan skim cepat kaya di mana anda meletakkan satu jumlah kecil dan mengharapkan pulangan yang besar dalam tempoh singkat. Tidak dinafikan, ada yang berjaya kaya dalam tempoh semalaman atau dalam tempoh singkat, tapi persoalannya adakah semua orang mampu berbuat demikian? Adakah kejayaan tadi boleh diulangi setiap masa? Apa parameter yang boleh ditetapkan untuk sentiasa mendapatkan pulangan tinggi dalam tempoh singkat berkenaan?


Sekiranya melihat kepada kenyataan, sistem yang boleh menjana 20% pulangan setiap bulan, bermula dengan modal USD1000, dan di compound untuk tempoh 5 tahun, pulangan adalah lebih USD56 juta. Teringin jugak nak berkongsi kejayaan mereka yang boleh berbuat demikian.


Bentuk kepercayaan yang betul kepada dunia dagangan. Mula dengan melihat bidang ini sebagai satu perniagaan.


Ini bermakna anda mempunyai objektif jelas dengan kadar pulangan yang boleh dicapai dan kos yang sanggup ditanggung untuk mencapai pulangan berkenaan.


Tempoh masa mencapai objektif juga bersesuaian.


Contoh Objektif:


Portfolio Persaraan dan Portfolio Pelaburan: jangka panjang, dan letakkan tarikh untuk capai sasaran jumlah dana.


Portfolio Pendapatan: sasaran pendapatan bulanan/tahunan daripada pelaburan yang diletakkan dalam portfolio. Beza dengan persaraan dan pelaburan, dana dalam portfolio ini adalah dana penuh dan bukan di kembangkan. Portfolio pelaburan akan bertukar menjadi portfolio pendapatan apabila ia mencapai sasaran dana.


Portfolio pendapatan sampingan: jangka pendek, sama ada Harian, mingguan atau sukuan. Sekiranya ini objektif anda, gunakan dana hasil keuntungan pasaran atau duit lebih. Risiko lebih tinggi dan portfolio bersifat agresif dan Volatile kepada pergerakan pasaran.


Jangan berdagang tanpa objektif jelas. Ia kerana dagangan anda tanpa tujuan jelas dan "wang mudah" yang anda perolehi daripada pasaran biasanya dibelanjakan untuk tujuan yang tidak meningkatkan nilai kepada diri.


Setelah anda menetapkan objektif, bina perancangan kewangan anda untuk mencapai objektif berkenaan.


Adakah anda sudah mempunyai modal mencukupi untuk mencapai matlamat anda? Contohnya, matlamat anda adalah untuk menjana USD1000 sebulan daripada pasaran. Kos yang anda sanggup keluarkan untuk menjana USD1000 tadi adalah USD500. Sekiranya anda mencari satu sistem yang boleh menjana 5% sebulan, ini bermakna anda memerlukan USD20, 000.


Bagaimana sekiranya anda tidak mempunyai modal yang cukup? Di sinilah anda melihat kaedah portfolio pelaburan.


Katakan anda mampu mengeluarkan USD200 sebulan untuk portfolio anda. Ini bermakna setahun anda mampu mengeluarkan sebanyak USD2400. Gunakan kaedah notional portfolio.


Kaedahnya:


Pulangan: 5%

Risiko: 2.5%


Ini akan dikira daripada notional portfolio dan bukannya pelaburan bulanan yang diletakkan.


Bulan 1

Labur USD200 dalam portfolio. Deposit 2.5% daripada notional (USD60) dalam akaun dagangan. USD140 laburkan dalam dividen bearing securities sama ada amanah saham, fixed deposits Dan sebagainya yang memberikan pulangan tahunan. Dagang sistem anda dengan sasaran pulangan 5% daripada notional portfolio (USD120).


Bulan 2

Sekiranga anda berjaya mencapai sasaran, labur USD200 dalam portfolio anda. Masukkan dalam dividen bearing securities yang anda telah letakkan sebalun ini. Dalam akaun dagangan, tinggalkan 2.5% daripada notional portfolio yang kini telah mencecah USD2520 (USD63). USD117 letakkan dalam wallet Sekiranya broker Menggunakan sistem wallet atau internal transfer Satu akaun dagangan yang bertindak sebagai akaun bank sekiranya broker tidak mempunyai wallet.


Buat yang sama setiap bulan dengan menaik atau menurunkan jumlah akaun dagangan dan melabur USD200 dalam portfolio anda sehinggalah anda mencapai jumlah sasaran dana.


Setelah membuat perancangan kewangan berdasarkan objektif, barulah anda melihat kepada strategi dagangan. Kenali teknik dan keupayaan sistem dagangan anda.


Dapatkan parameter seperti winning percentage, expectancy system, trade frequency, risk reward untuk membina disiplin kepada kaedah dagangan.


Jadi, bila anda berdagang, anda cuma mengikut sistem dan tidak risau mengenai portfolio anda sebab anda memahami keupayaan serta pengawalan kewangan yang bersesuaian dengan prestasi.


Anda gunakan sistem anda selagi ia memberikan pulangan bersesuaian dengan kos.


Anda tidak lagi cuba speculate, cuba nak dapatkan value.


Ia cuma sebahagian daripada sistem anda untuk membentuk model pasaran, dan tugas anda cuma mengikut proses dagangan.


OK.. Dah jadi buku pulak panjangnya.


Invest in a System,

Trade your System.


#educationmatters

  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now