Waktu Perdagangan Pasaran Saham utama dunia

Artikel 5

Nama : Mohd Shukri Bin Mahadi

Umur : 41

Asal : Melaka

Posisi :

Exclusive Partner FP Markets Malaysia (Share CFD)

Platinum Regional Partner FXPRIMUS Malaysia (FX CFD)


Pengalaman trade dan industri trading:

Mula trade saham bursa malaysia awal 2000. Kemudian dikenalkan perdagangan FX dari rakan-rakan sekitar 2005. Kenangan manis, dapat tempat ke7 dalam competition FXPrimus dengan 240% ROI dalam masa sebulan. Menjadi IB di FXPRIMUS dari tahun 2010 sehingga kini. Sekarang mula memperkembangkan perdagangan saham secara CFD dengan kerjasama FP Markets Australia. Juga kini menyambung pembelajaran Master Of Business Adminstration MBA (UK).


Segmen Perkongsian

Waktu Perdagangan Saham

Pasaran saham dunia dibuka 24 jam sehari. Cuma pasaran bursa (exchange) yang beroperasi pada satu-satu masa bergantung kepada waktu bekerja negara tersebut. Semua negara mempunyai pasaran saham untuk equity market negara tersebut. Yang membezakan ialah size pasaran antara satu bursa dengan bursa yang lain. Sebagai contoh, sekiranya kita ingin berdagang saham APPLE, maka kita perlu menunggu pasaran USA dibuka. Kalau saham VODAFONE, kena tunggu waktu UK dibuka. Kalau nak beli saham TNB kita tunggu waktu bursa Malaysia beroperasi. Kalau nak beli saham TENCENT, kena ikut waktu pasaran Hong Kong. Kalau nak saham QANTAS, kita ikut waktu bursa Australia (ASX). Kalau saham BMW, kita tunggu waktu pasaran Germany (XETRA) beroperasi.

Untuk artikel kali ini kita akan melihat waktu operasi bursa-bursa utama di seluruh dunia dalam waktu tempatan Malaysia.


Jadual: Waktu Perdagangan Pasaran Saham Pilihan


Oleh kerana pasaran saham berlaku di Bursa (exchange), maka kita perlu mempunyai capaian atau access ke sesuatu bursa untuk membeli/menjual saham disitu. Maka disinilah kita memerlukan khidmat stock brokerage. Sebagai contoh, kita di Malaysia boleh membuka akaun CDS dengan broker RHB securities, Kenanga dan sebagainya. Dan kalau nak berdagang saham Australia, kita perlu mencari broker dari negara tersebut. Jadi sebenarnya agak berserabut andai kita mahu berdagang saham global, kerana kita memerlukan banyak akaun brokerage dan juga platform yang berlainan antara brokerage.

Oleh kerana itu, saya telah bekerjasama dengan brokerage dari Australia yang dapat menyelesaikan masalah ini. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi tentang stock broker FP Markets . Antara kelebihan utama FP Markets ialah, kita hanya memerlukan satu akaun sahaja dan kita boleh berdagang banyak pasaran utama dunia. Sebagai contoh, dengan akaun IRESS di FP Markets, kita boleh berdagang saham Australia, USA, UK, SIngapore, HK,Europe dan juga Bursa Malaysia hanya dengan satu akaun, satu platform, satu login dan satu password. Ibarat satu kunci boleh membuka semua pintu pasaran global. Lebih menarik lagi, FP Markets menawarkan perdagangan secara CFD juga untuk semua pasaran termasuk Bursa Malaysia.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan platform IRESS boleh berhubung dengan saya.

http://swingtrading.wasap.my


Segmen Saham Pilihan

Gold Fields Limited (GFI)



Carta: harga saham GFI

Nov 2018 @USD2.20

Jan 2019 @USD3.75 (hi point)

Peratus kenaikkan 70% dalam 2 bulan.



Description

Gold Fields Limited produces gold and holds gold reserves and resources in South Africa, Ghana, Australia, and Peru. The company engages in underground and surface gold and surface copper mining and related activities, including exploration, extraction, processing, and smelting. It holds interests in seven operating mines with an annual gold-equivalent production of approximately 2.2 million ounces, as well as gold mineral reserves of approximately 49 million ounces and mineral resources of approximately 104 million ounces. The company also holds copper mineral reserves totaling 764 million pounds and mineral resources totaling 4,881 million pounds. Gold Fields Limited was founded in 1887 and is based in Sandton, South Africa.

Komen:

2019 akan menyaksikan dunia memasuki kelembapan ekonomi. Banyak indikator utama ekonomi seperti interest rate, pasaran bond, quantitative tightening menunjukkan dunia akan berhadapan tempoh sukar beberapa tahun mendatang. Dalam pada ketidak tentuan ini, pelabur akan beralih ke pasaran yang lebih selamat dan kurang risiko. Oleh kerana itu emas atau gold dilihat akan meningkat sebagai langkah hedging oleh pelabur.

Gold Fields Limited adalah salah satu pengeluar emas utama dunia. Dengan harga saham yang rendah, saya melihat ada potensi untuk saham GFI meningkat sejajar dengan peningkatan harga emas dunia.


Harga semasa GFI USD3.75/share


Modal CFD (20%) FP Markets USD0.75/share

1000 Unit Cash USD3750

1000 Unit CFD FP Markets USD750

Jadual : Harga berdasarkan tarikh 8/1/19


Berdasarkan jadual diatas, dalam kaedah biasa, untuk membeli 1000 unit saham GFI, kita memerlukan modal USD3750.

Dengan penggunaan CFD, FP Markets menawarkan GFI dengan keperluan 20% sahaja iaitu USD750 untuk membeli 1000 unit saham GFI.


PELUANG.

Hanya dengan USD0.75/saham anda sudah boleh memulakan portfolio pelaburan. Harga spot gold amat mahal iaitu USD1300/ounce. Jadi ambil peluang dengan melabur dalam saham pengeluar emas yang amat rendah pada masa ini. Semoga bermanfaat.

Untuk mula menyediakan portfolio pelaburan saham anda, boleh hubungi saya terus di http://swingtrading.wasap.my


PERINGATAN!!

Segala perkongsian yang dibuat bertujuan untuk pendidikan sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi saya di

http://swingtrading.wasap.my

https://www.facebook.com/mohdshukrimahadi.


Sekiranya rakan pembaca berminat untuk menjadi agen FP Markets (remisier broker saham Global) silakan menghubungi saya. Tidak menjadi masalah sekiranya anda sedang menjadi IB dimana-mana juga broker FX kerana produk saham ini berlainan dari FX. Anda berpeluang menambahkan portfolio penawaran produk untuk para pelanggan anda dan memberi lebih banyak pilihan kepada mereka. Support dan pengajaran juga kami sediakan.

Terima kasih.

www.shukrimahadi.com

www.smarttrader.com

  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now