Kenapa Banyak Forex Broker Di Cyprus?

Salam sejahtera...

(artikel ini saya tulis sewaktu saya berada di Cyprus dalam rangkakerja lawatan ke FXPRIMUS)

Gambar bersama COO Mr Chris, Mr Mohan dan Mr Terry Thompson.

Saya ada menerima komen di FB tentang KENAPA TERDAPAT BANYAK FOREX BROKER DI CYPRUS.

Please LIKE my page : https://www.facebook.com/Forexisbiz/

First of all good questions...

Saya akan cuba menjelaskan secara mudah WHY CYPRUS.

1. Percukaian

Ini ialah sebab paling utama kenapa ratusan forex broker beroperasi di Cyprus. Kadar cukai yang rendah 10% merupakan antara yang terendah selain Latvia. Just untuk perbandingan cukai koperat di Malaysia ialah 25%.

2. Regulations

Sebelum ini banyak broker yang beroperasi dari Amerika juga. Namun oleh kerana FSA semakin mengetatkan regulasi seperti FIFO rules, low leverage dsb nya... banyak forex broker mencari negara lain. Capital requirement di USA juga amat tinggi iaitu USD20 juta manakala keperluan ini tidak sebegitu tinggi di Cyprus.

CYSEC ialah regulation body yang mengawal selia industri FX dan Kewangan di Cyprus. CYSEC adalah lebih flexible dan mesra broker dan ini telah menarik banyak broker membuka operasi mereka disini.

Sebagai contoh, CYSEC menetapkan setiap broker untuk mendapatkan ICF sebanyak $20000 Euro sekiranya berlaku masalah bankrupsi.

3. MIFID

MIFID ialah sebuah badan yang menyediakan perundangan bagi semua industri kewangan/perbank-kan di seluruh European Union.

Walaubagaimanapun bukan MIFID yang akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana broker yang melanggar standard yang ditetapkan.

4. Tenaga Kerja

Cyprus mempunyai warga kerja yang sangat mahir terutamanya dalam bidang IT/Kewangan dan pembrokeran. Ini mempercepatkan proses bagi setiap broker menyediakan khidmat yang bagus untuk pelanggan mereka.

Disamping itu juga banyak tenaga kerja mahir dari serata Eropah, Rusia dan Afrika yang bersedia untuk bekerja di Cyprus.

Muktahir ini banyak juga tenaga kerja dari Asia yang mula membanjiri Cyprus dalam sektor pembrokeran.

5. Insfratruktur

Cyprus juga mempunyai insfratruktur IT/internet yang sangat baik. Disamping itu Cyprus mempunyai lapangan terbang/ jeti/pelabuhan dan sistem jaringan jalan raya yang sempurna.

6, European Union

Berada dalam EU juga merupakan faktor utama kenapa CYPRUS menjadi pilihan utama syarikat broker.

Ini bermaksud broker ini boleh menawarkan servis mereka ke seluruh negara Eropah dengan mudah dan berkesan.

Sekian semoga artikel ringkas ini dapat memberi rakan-rakan pembaca informasi dan manfaat.

Bagi yang ingin membuka akaun di FXPRIMUS sila hubungi rakan-rakan IB dari FIB TEAM :-

www.shukrimahadi.com/fibteam

dan mohon share artikel ini dengan menggunakan button FB share di bawah.

Terima kasih.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now