Anda Newbie? Perlu ke trading mentor?


APAKAH MENTORING

Mentor ialah suatu bentuk perhubungan di mana individu yang lebih berpengalaman atau lebih berpengetahuan membantu individu lain yang boleh dirujuk sebagai anak didik, atau pelatih yang kurang berpengalaman atau kurang berpengetahuan dengan tujuan untuk membangunkan kapasiti yang dikehendaki,

Kelebihan belajar apa-apa kemahiran atau perdagangan dari mentor ialah:

  • tempoh learning curve dapat dipendekkan.

  • pengurangan masa yang dihabiskan melakukan percubaan dan kesilapan,

  • lebih penekanan kepada aspek-aspek penting dalam kemahiran atau perdagangan yang diberikan

seminar keusahawanan oleh FIB di JB -Jan 2017

Secara umumnya mentor akan melatih seseorang berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam bidang ini, ini bermakna bahawa mentor yang telah membuat semua kesilapan yang mana "newbie" akan hadapi dalam bidang yang sama.

Jadi dengan mendapat bimbingan selok-belok perdagangan Forex oleh seseorang yang telah melalui kesusahan, anda pada dasarnya boleh membuat perjalanan lebih lancar daripada mereka yang enggan untuk dibimbing oleh seorang yang berpengalaman.

Dalam perdagangan Forex, setiap kesilapan beerti kehilangan wang anda. Itulah sebabnya mempunyai mentor yang boleh dipercayai dan berpengalaman dalam dunia perdagangan Forex adalah sangat kritikal untuk kejayaan anda sebagai seorang pedagang FX.

Sebagai seorang 'newbie' dari hari pertama lagi anda membaca tentang strategi dan banyak lagi perkara tentang trading. Terlalu banyak informasi yang perlu anda hadam.

Maka langkah logik kita seterusnya bagi seorang "newbie" adalah untuk mencari seorang mentor yang boleh dipercayai dan berpengalaman, Sebaik-baiknya seseorang yang :

  • mengamalkan apa yang mereka katakan kepada anda,

  • menawarkan sokongan berterusan ,

  • mudah dihubungi sama ada melalui e-mel atau telefon.

seminar keusahawanan oleh FIB di KL -Jan 2017

Apa yang perlu anda cari daripada mentor

  • Mentor mestilah mempunyai pengalaman yang lama dan luas dalam industri ini.

  • Mentor mesti mempunyai track record yang baik dan boleh dibuktikan.

  • Mentor seharusnya sedang aktif bertrading kerana mereka perlu memimpin anda dalam pasaran semasa.

  • Anda harus menyelidiki reputasi sesaorang mentor. Amat mudah, dengan bantuan google anda boleh mendapat banyak maklumat tentang sesaorang itu.

Tiada masa untuk trade? Invest di PAMM serendh USD100 sahaja.

KESIMPULAN

Kepentingan mencari mentor Forex yang boleh dipercayai dan berpengalaman adalah sangat penting. Terdapat begitu banyak maklumat mengelirukan dalam dunia Forex dan ada banyak "mentor" yang seperti musang berbulu ayam. Jangan hanya memilih mentor hanya berdasarkan screenshot di FB kerana ada banyak andaian boleh dibuat seperti screenshot edit ataupun mereka hanya upload screenshot terpilih sahaja.

Sertai PRIMUS ACADEMY PERCUMA.

Mentor perlu menyediakan saluran pertanyaan dan perbincangan. Ini bukti bahawa mereka benar-benar menggunakan kaedah yang mereka ajarkan.Jika mentor Forex anda memenuhi semua kriteria yang dibincangkan dalam artikel ini maka mereka berkemungkinan besar "genuine" dan akan membantu anda menjadi konsisten lebih cepat daripada jika anda melakukannya secara sendirian.

And finally dont expect good mentorship program PERCUMA atau pun murah. Tanggungjawab sebagai mentor amatlah berat dari segi masa, tenaga dan fikiran. Lebih-lebih lagi pengalaman yang bertahun-tahun itu ada harganya.

Sekian. Semoga artikel ini membantu anda.

Mohon SHARE artikle ini untuk membantu lebih ramai kawan-kawan anda diluar sana.

sekian.

Shukri Mahadi

Founder or FOREXISBIZ GROUP

Sebarang pertayaan boleh whatsapp saya di 0126161101.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now