Soalan: Bagaimana nak kenal broker market maker?


Pemenang Soalan Terbaik :

Soalan @Helmi Rizal

Tuan, bagaimana saya nak bezakan antara broker yang telus dan x telus, serta bagaimana nak bezakan antara broker stp dan broker market maker? Tolong pencerahan tuan.

Jawapan:

Saya pernah menulis artikel bagaimana mengenalpasti broker MM dan STP.

Rujuk artikel:

http://www.shukrimahadi.com/single-post/2016/10/15/Untitled

Walaubagaimanapun saya ingin membuat tambahan input berkenaan soalan Tuan Helmi.

1. Harus diingat broker yang memilih untuk menggunakan model market making atau B-Book tidak melakukan sebarang kesalahan dari segi undang-undang. Ia adalah dibenarkan dan sebagai contoh OANDA ialah broker market maker yang terbesar didunia.

2. Walaubagaimanapun apabila kita melihatkan kepada BIAS atau kecenderungan, sebagai peniaga apakah kita mahu RUGI? Saya pasti tidak ada sesiapa yang mahu rugi. Dalam model MM, apabila trader untung..broker rugi..apabila trader rugi..broker akan untung.

3. Sedikit tambahan bagaimana melihat model broker yang diguna berdasarkan maklumat di CYSEC website. Sebagai contoh kita rujuk FXPRIMUS melalui entity berdaftar PRIMUS GLOBAL LIMITED:

https://www.cysec.gov.cy/en-GB/entities/investment-firms/cypriot/42644/

Lihat perkara Investment services ,Execution On Behalf Of Clients.

Ini Bermaksud FXPRIMUS hanya menggunakan STP dan ECN model.

Sebagai perbandingan terdapat broker lain yang menyatakan tambahan dalam model yang digunakan: Dealing On Own Account

Jika kita rujuk definisi ini yang diberikan oleh MIFID, terma ini membawa maksud Market Making.

https://www.emissions-euets.com/internal-electricity-market-glossary/527-dealing-on-own-account

Sekiranya broker yang anda gunakan berdaftar dengan CYSEC, anda boleh periksa sendiri menggunakan link ini:

https://www.cysec.gov.cy/en-GB/entities/investment-firms/cypriot/

semoga bermanfaat.

Shukri Mahadi

ps: mohon share menggunakan button FB di bawah. terima kasih.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now