Di Ambang Baru - Tahniah MALAYSIA


Malaysia dan seluruh dunia dikejutkan dengan gelombang kebangkitan tsunami rakyat yang telah menghukum Umno dan Barisan Nasional.

Pada usia 93 tahun bapa kemajuan Malaysia Tun Dr Mahathir telah menjatuhkan kepimpinan kleptokrasi pimpinan Najib Tun Razak.

Faktor kekalahan ini boleh kita simpulkan sebagai:

1. Skandal terbesar 1MDB

2. GST

3. Kos sara hidup

4. Harga minyak

Disamping itu rakyat Malaysia juga tidak takut untuk membuat perubahan pada kali ini kerana faktor Tun Dr Mahathir iaitu tokoh yang tidak asing lagi dan berpengalaman 22 tahun memimpin negara.

Isu UNCERTAINTIES telah tidak relevan apabila Pakatan Harapan bersetuju mencalonkan TDM sebagai PM.

Pengundi secara keseluruhan telah tahu WHAT TO EXPECT from TDM.

Seterusnya rakyat akan melihat bagaimana TDM akan membentuk kabinet dengan campuran dari parti komponen PH.

Berkenaan Anwar Ibrahim, mutual agreementnya ialah beliau akan menjadi perdana menteri Malaysia setelah tempoh interim TDM sebagai PM yang mungkin mengambil masa antara 1-2 tahun ini.

Rakyat juga telah membuat senarai checklist janji-janji PH yang telah ditawarkan. Rakyat akan melihat sejauh manakah janji-janji ini akan dipenuhi.

Janji 100 Hari :

1. Hapuskan GST

2. Stabilkan harga minyak

3. Siasat 1MDB

4. Reformasi institusi kerajaan

5. Mengawal harga barang

6. Memulihkan GLC

Sebagai trader/pedagang sudah tentu kita akan melihat kesan pilihanraya ini especially kepada :

1. Ringgit Malaysia

Pada masa ini Ringgit dilihat agak melemah. Ini bersar kemungkinan pelabur membuat jualan ringgit sehingga keadaan betul-betul reda dan stabil.

Kita boleh menjangkakan Ringgit akan menguat dalam tempoh jangka panjang sekiranya kerajaan PH dapat segera memberi KEPERCAYAAN kepada pelabur asing.

2. FELDA

Felda juga tidak sepi dari skandal sepanjang pemerintahan Najib Razak. Disamping kelamahan urus tadbir Felda, pengaruh harga sawit juga mempengaruhi harga saham Felda.

Menarik untuk kita melihat bagaimanakah reaksi pasaran terhadap harga saham FGV apabila dibuka semula pada Isnin minggu hadapan.

Mungkin harga saham FGV akan meningkat semula dimana kita sebagai pelabur boleh membuat pembelian pada ketika harga saham ini masih rendah.

Kesimpulan

Kesimpulan nya ialah SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

Kita mengharapkan kerajaan PH mengotakan janji-janji yang telah dibuat.

Disamping itu kita juga mengharapkan kepada BN untuk muhasabah diri dan jadilah pembangkang yang profesional pada kali ini.

Akhir sekali kita mendoakan kesihatan dan keselamatan Tun Dr Mahatir atau saya sering ucapkan sebagai Dr Miracle untuk membawa Malaysia maju kehadapan.

Salam Harapan.

Shukri Mahadi

11.02am

10 May 2018

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now