Intrinsic Valuation in Fundamental Analysis for Spot Currency

credit to : Zulle Razak



Intrinsic Valuation in Fundamental Analysis for Spot Currency


1. Gross Domestic Product (GDP): value of products and services produced in an economy for a period of time


Ini adalah indikator paling menyeluruh mengenai pertumbuhan ekonomi.


Komponen terdiri daripada consumption, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan balance of Trade.


GDP ⬆️ Ekonomi ⬆️ Intrinsic Value ⬆️


2. Inflation: kenaikan harga barangan/perkhidmatan tertentu dalam sesuatu ekonomi for a period of time.


Ini adalah indikator mengenai purchasing value of money.


Sustained inflation yang berlaku seiring dengan kenaikan GDP menunjukkan satu ekonomi yang berkembang.


Manakala inflation yang tidak seiring dengan GDP menunjukkan ekonomi yang tidak stabil.


3. Employment: penggunaan tenaga kerja dalam satu ekonomi for a period of time.


Kenaikan jumlah pekerjaan menunjukkan peningkatan aktiviti ekonomi.


Capacity utilization sesuatu ekonomi berdasarkan supply tenaga kerja mempengaruhi GDP dan Inflation.


Kenaikan jumlah pekerjaan meningkat, ekonomi meningkat. Sekiranya jumlah penyertaan penduduk turut meningkat, ini adalah sihat. Intrinsic Valuation ⬆️


Sebaliknya, sekiranya penduduk tidak berminat menyertai sektor pekerjaan sedangkan keperluan tenaga pekerja meningkat, ini boleh menyebabkan wage inflation yang boleh menekan kepada faktor kos.


Tiga indikator utama membentuk intrinsic Valuation dalam sesebuah negara.


Apabila membuat analisa fundamental, gunakan survey pasaran seperti ISM, PMI, IVEY, Ifo. BusinessNZ untuk mendapatkan sentimen terkini.


Ini adalah leading indicators yang memberikan maklumat serta membentuk sentimen terhadap keadaan semasa pasaran.


Seterusnya, trade expectation terhadap sesuatu risk event berdasarkan leading indicators.


Sekiranya data-data komponen untuk indikator utama turut seiring dengan surveys, kita akan nampak pergerakan berterusan trend pasaran.


Uruskan dagangan sehinggalah data uatama pasaran dikeluarkan.


Continuation: sekiranya data keluar seiring dengan surveys dan correlated data.


Reversal: sekiranya data keluar berbeza dengan surveys dan correlated data.


Kesemua maklumat ini juga digunakan oleh bank pusat dan kerajaan dalam menggubal polisi ekonomi.


Lihat hala tuju polisi dan unjuran data, bandingkan dengan indikator utama dan leading indicators.


Analisa fundamental bukanlah hanya melihat kepada polisi Monetari dan menyatakan interest rate naik, Matawang naik.


Tugas bank pusat adalah memastikan kestabilan untuk mengawal selia ekonomi menerusi pengurusan kredit dalam pasaran. Itu polisi Monetari.


Tugas kerajaan adalah mengutip cukai dan menyelaras kan infrastruktur ekonomi, politik dan sosial dalam keadaan optimum untuk pasaran. Itulah polisi fiskal.


Analisa fundamental adalah intrinsic Valuation kepada aktiviti ekonomi.


#educationmatters

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now