Kaedah perdagangan saham

Nama : Mohd Shukri Bin Mahadi

Umur : 41

Asal : Melaka

Posisi :

Exclusive Partner FP Markets Malaysia (Share CFD)

Platinum Regional Partner FXPRIMUS Malaysia (FX CFD)


Pengalaman trade dan industri trading:

Mula trade saham bursa malaysia awal 2000. Kemudian dikenalkan perdagangan FX dari rakan-rakan sekitar 2005. Kenangan manis, dapat tempat ke7 dalam competition FXPrimus dengan 240% ROI dalam masa sebulan. Menjadi IB di FXPRIMUS dari tahun 2010 sehingga kini. Sekarang mula memperkembangkan perdagangan saham secara CFD dengan kerjasama FP Markets Australia. Juga kini menyambung pembelajaran Master Of Business Adminstration MBA.


Kaedah Perdagangan Saham

Secara ringkasnya terdapat tiga kaedah bagaimana anda boleh menjalankan urusniaga perdagangan saham.

Kaedah

Cash

CFD

Options


Contoh:

Beli 100 saham FB

Modal perlu

100 X USD100 = USD10000

Modal perlu

100 X USD100 = USD10000*5%

USD500 sahaja


Melihat kepada jadual diatas, saya ingin menarik perhatian pembaca kepada kaedah perdagangan saham secara CFD Vs Cash. Lihat beza yang ketara dari segi modal yang digunakan. Bagi nilai saham yang sama, Cash trading memerlukan USD10000 manakala CFD trading hanya memerlukan USD500 sahaja. Ini ialah fungsi leveraj iaitu modal yang kecil tapi mengawal jumlah saham yang besar. Saya tidak berminat untuk berdagang secara Options kerana complexity dan jumlah saham yang boleh didagangkan ialah sedikit sahaja dan kurang pilihan. Kebiasaannya hanya saham-saham mewah dan mahal sahaja boleh menggunakan kaedah options. Seperkara lagi kaedah options tidak menawarkan peluang mendapatkan dividen.


Perkongsian:

Saham ialah merupakan salah satu instrumen menjana kekayaan yang paling pantas jika dibandingkan dengan pelaburan terhadap pasaran bon, hartanah, commodity atau pun crypto.

Harga saham boleh meningkat naik dalam jangkamasa sederhana dan jangka panjang berbanding FX yang lebih bersifat purely speculative. Sebagai contoh:

Saham Netflix naik 750% dalam 2 tahun

Saham Abiomed naik 1000% dalam 2 tahun

Saham Amazon naik 110K % dalam masa 10 tahun.



Bila kita meganalisa saham, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:


Saiz

Saham dibawah market cap 2Billion ialah low cap

Saham antara 2B hingga 10B ialah medium cap

Saham diatas 10B ialah large cap

Saham diatas 100B ialah mega cap


Style:

Secara ringkasnya, lebih rendah cap sesuatu saham, lebih tinggi nilai risiko yang perlu dihadapi.

Selain dari itu, pelabur perlu membezakan jenis saham itu sama ada:

Value stocks, saham yang harga nya rendah dari book value.

Growth Stocks, saham yang aggressive tetapi terdedah kepada volatiliti tinggi.

Ataupun Income stocks, saham yang relatif nya stabil dan mempunyai sejarah pembayaran dividend yang konsisten.


Tema Pasaran:

Saham sangat bergantung kepada keadaan ekonomi global dan local dimana syarikat itu beroperasi. Sebelum kita membuat pembelian saham, kita harus meneliti dahulu sama ada pasaran saham sedang berada dalam Risk Aversion atau Risk appetite. Pada persekitaran risk aversion, kita akan menumpukan kepada saham yang kalis resession seperti saham pharmaceutical, utilities dan stapples. Sebagai contoh, pada masa kini, pasaran saham US telah mengalami beberapa siri kejatuhan yang dramatik terutama melibatkan industri technology dan industrial goods. Sungguhpun begitu saham dalam industri healthcare masih mampu bertahan secara kolektif nya. Disamping itu saham-saham untuk barangan harian atau pun stapple juga masih stable seperi saham Mcdonalds, Coke dan Johnson & Johnson.


Fundamental

Untuk menganalisa saham secara fundamental, kita memerlukan kemahiran interpretasi pelbagai ratio seperti profitability ratios, effeciency ratios, investors ratios. Antara ratio utama yang kita perlu selidiki ialah PE, EPS dan PEG. Ratio ini perlu kita bandingkan dalam sektor industri yang sama dan saham syarikat yang paling bagus kita masukkan ke dalam watchlist.


Technical

Setelah kita menyenarai pendek saham-saham yg dikehendaki, baru lah kita menggunakan tehcnical analysis untuk mencari peluang memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kerugian. Terdapat banyak analisa teknikal yang boleh kita gunakan seperti support and resistant, chart pattern dan candlestick pattern. Saya gemar menggunakan chart pattern seperti cup and handle, head and shoulders, rising wedges dan bull flag untuk perdagangan saham.



Pengurusan Kewangan

Ini ialah kunci kelangsungan seorang pedagang. Tidak kira sama ada saham, fx dan apa jua instrumen perdagangan. Sebelum memasuki pasaran kita harus tahu dimanakah paras exit stop loss dan paras target. Hanya apabila kita telah mengenal pasti level tersebut, barulah kita boleh menetapkan lot size berdasarkan risiko per trade yang telah kita tetapkan.


Akhir kata

Di FP Markets, kami menawarkan lebih dari 10000 kaunter saham dari mid cap sehingga ke mega cap secara CFD. Berbeza dengan broker MT4, saham yang ditawarkan kebanyakkan nya ialah saham big cap keatas sahaja. Sedangkan sebenarnya terdapat banyak peluang dari saham-saham mid cap seperti saham SQUARE, GRUBHUB,BEAT, ABMD, MOMO dan banyak lagi yang mempunyai kriteria saham yang bagus. Saham-saham ini boleh didagangkan secara CFD yang memerlukan modal serendah 5% sahaja. Bukan itu sahaja, FP Markets turut menawarkan saham-saham bursa malaysia secara CFD, sesuatu yang unik dan tidak terdapat di broker lain pada masa ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana pendapatan pasif melalui pembayaran dividen empat kali setahun dari saham yang menawarkan dividen.


Iress Platform



Bukan semua broker saham itu sama. FP Market ialah DMA broker dan ini boleh dibuktikan dengan order book market depth L2 seperti gambar diatas. Sekiranya anda kini berdagang saham secara CFD, cuba periksa sama ada plaftorm anda mempunyai maklumat market depth??

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi saya di https://www.facebook.com/mohdshukrimahadi.

Sekiranya rakan pembaca berminat untuk menjadi agen FP Markets (remisier) silakan menghubungi saya. Tidak menjadi masalah sekiranya anda sedang menjadi IB dimana-mana juga broker FX kerana produk saham ini berlainan dari FX. Anda berpeluang menambahkan portfolio penawaran produk untuk para pelanggan anda dan memberi lebih banyak pilihan kepada mereka. Support dan pengajaran juga kami sediakan.

Terima kasih.

www.shukrimahadi.com

www.smarttrader.com


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now