Saham - langkah pertama analisa

Nama : Mohd Shukri Bin Mahadi

Umur : 41

Asal : Melaka

Posisi :

Exclusive Partner FP Markets Malaysia (Share CFD)

Platinum Regional Partner FXPRIMUS Malaysia (FX CFD)


Pengalaman trade dan industri trading:

Mula trade saham bursa malaysia awal 2000. Kemudian dikenalkan perdagangan FX dari rakan-rakan sekitar 2005. Kenangan manis, dapat tempat ke7 dalam competition FXPrimus dengan 240% ROI dalam masa sebulan. Menjadi IB di FXPRIMUS dari tahun 2010 sehingga kini. Sekarang mula memperkembangkan perdagangan saham secara CFD dengan kerjasama FP Markets Australia. Juga kini menyambung pembelajaran Master Of Business Adminstration MBA.


Segmen Perkongsian

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi tentang Bagaimana Bermula Dengan Perdagangan Saham. Hari ini kita hidup dalam dunia yang serba pantas. Maklumat yang sampai kepada kita pada hari ini amat pantas dan amat banyak. 10 tahun dahulu kebanyakkan dari kita tiada access kepada semua maklumat ini. Sungguhpun ini bagus, namun ini juga boleh menyumbang masalah kepada trader. Ini kita kenali sebagai analysis paralysis dimana kita tidak boleh membuat keputusan kerana terlalu banyak data dan mungkin juga conflicting data.


Dimana Bermula?

Jadi apabila kita ingin berdagang di pasaran saham, apa yang perlu kita lakukan?

Perkara pertama yang perlu kita beri perhatian ialah,

INVEST IN WHAT YOU KNOW!

Apabila ditanya kepada Warren Buffet, lagenda pelaburan saham, beliau menjawab, sekiranya kita tidak tahu apa aktiviti sesuatu syarikat, bagaimana ia menjana keuntunggan pada masa ini dan masa hadapan..jalan yang paling baik ialah..STAY AWAY FROM THAT COMPANY. Dan oleh kerana falsafah ini, beliau menjana keuntungan berbillion dollar untuk investment vehicle beliau, Berkshire Hathaway. Jawapan yang sama juga beliau berikan apabila ditanya tentang Bitcoin. Kini terbukti bitcoin telah pun jatuh merudum dari paras teringgi USD19000 ke paras USD3000 pada masa artikel ini ditulis.

Jadi persoalan disini, bagaimana kita ingin mengetahui tentang sesuatu syarikat dan cuba merasionalisasikan sama ada kita boleh memahami tentang syarikat tersebut. Tools yang berguna untuk kita mengkaji tentang sesuatu syarikat ialah menggunakan website YAHOO FINANCE.


Apa Yang Perlu Dilihat

Sebagai contoh, kita ingin melabur didalam syarikat BioTelemetry, Inc. (BEAT)

Sebelum kita membuat analisa fundamental, technical dan lain-lain, kita perlu faham tentang profile syarikat ini terlebih dahulu. Hanya apabila kita melepasi peringkat ini baru lah kita akan melihat perkara-perkara penting yang lain.


1.) Lihat dimana syarikat ini beroperasi, apakah sector dan berapa ramai kakitangan mereka.


2. Pergi ke website dan lihat apakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.


3. Buat carian di internet tentang artikel-artikel terkini tentang syarikat ini.



Jadi selepas kita membuat tiga perkara asas untuk mengenali dan memahami sesuatu syarikat, kita perlu simpulkan sama-ada kita boleh faham produk dan potensi syarikat tersebut. Sekiranya kita suka dengan hasil kajian kita ini, maka kita boleh proceed dengan kajian yang lebih mendalam tentang fundamental syarikat ini. Dalam artikel yang akan datang saya akan berkongsi langkah-langkah seterusnya.


Segmen Saham Pilihan

BioTelemetry, Inc. (BEAT)



Carta: harga saham BEAT

2017 @USD20

2018 @USD75 (hi point)

Peratus kenaikkan 275%

Pada minggu ini saya akan berkongsi satu saham yang berada dalam portfolio saya.

Saham BEAT ini telah meningkat 275% dalam masa setahun lebih sahaja.



Rajah : BEAT growth rate

Harga semasa USD64

Modal CFD (30%) FP Markets USD19

50 Unit Cash USD3200

50 Unit CFD USD950


Jadual : Harga berdasarkan tarikh 15/12/18

Berdasarkan jadual diatas, dalam kaedah biasa, untuk membeli 50 unit saham BEAT, kita memerlukan modal USD3200. Dengan penggunaan CFD, FP Markets menawarkan BEAT dengan keperluan 30% sahaja iaitu USD950 untuk membeli 50 unit BEAT. Untuk mula menyediakan portfolio pelaburan saham anda, boleh hubungi saya terus di http://swingtrading.wasap.my


PERINGATAN!!

Segala perkongsian yang dibuat bertujuan untuk pendidikan sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi saya di

http://swingtrading.wasap.my

https://www.facebook.com/mohdshukrimahadi.


Sekiranya rakan pembaca berminat untuk menjadi agen FP Markets (remisier) silakan menghubungi saya. Tidak menjadi masalah sekiranya anda sedang menjadi IB dimana-mana juga broker FX kerana produk saham ini berlainan dari FX. Anda berpeluang menambahkan portfolio penawaran produk untuk para pelanggan anda dan memberi lebih banyak pilihan kepada mereka. Support dan pengajaran juga kami sediakan.

Terima kasih.

www.shukrimahadi.com

www.smarttrader.com

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now