Tips Entri dan Exit Perdagangan forex


Credit: Zulle Razak


Simple Entri, Complex Exits



"Kat New Zealand ada kes orang kena tembak. NZD jatuh ke naik?"

"BOJ kekal rate nie bang, JPY nie naik ke turun?"

"China nak cut cukai. AUD ok tak nak buy?"

"Brexit ok tak bang? GBP macam cantik je nie."


Antara messages yang saya terima masa nak naik flight tadi.


1. Bincangkan di Group Telegram. Search @CTFxMarketDiscussion

Bincang beramai-ramai. Saya cuba guide mana yang termampu. Saya rasa by now ramai dah faham niat saya untuk berkongsi pengalaman tanpa sebarang hidden agenda. Agenda cuma satu, memartabatkan industri Retail trading supaya dihormati.


2. Dagangkan sistem anda. Nak tau semua benda, nak trade setiap benda, kejung jadinya depan monitor tu. Anda jadi hamba kepada market. Sudah-sudahlah buat benda tu. Tu bukan untuk retail trader. Anda tak dapat nak move market.

Trade sistem anda. Maknanya, bentuk compelling market model anda. Apa sebab anda nak masuk posisi. Apakah elemen yang anda pantau dalam pasaran yang menyebabkan anda berminat mencari entri?

Dah mengenalpasti tempat entri, kenal pasti tempat exits. Maknanya tempat nak keluar sekiranya betul, tempat nak keluar sekiranya salah.

Kalau setakat tau entry, phone jatuh pun boleh entry.

Anda buat duit, hilang duit daripada exits. Bukan entry. Perbetulkan kaedah dan sistem kalau takde benda tu.


3. Kenali prestasi sistem anda. Lihat daripada sudut kos dikeluarkan, bukan daripada pips atau percentage.

Kalau dapat 1000 pips sekalipun, prestasi sebenar kena lihat daripada kos. Nak dapat 1000 pips, tapi risiko 20000 pips apa ke barangnya. Sewel ka?

Prestasi sistem berbeza dari masa ke semasa. Ia kerana pasaran tu berbeza volatility. Mana ada sistem konsisten 20% tiap bulan unless bila sampai 20% dia berhenti Trade fan tunggu tempoh yang tetap masa lain. Itu pun tak konsisten jugak kalau ditetapkan tempoh masa dia.

Kira R-Multiples. Berapa multiple yang dibuat daripada kos yang dikeluarkan. Lepas tu kita purata expectancy system anda.

Sebab tu perlu ada kaedah exits. Tanpa kaedah exit, macam mana nak tau prestasi. Tak boleh nak brain. Matematik tak jadi. Bagi kat Einstein pun dia give up rasanya.


4. Kaedah exits yang lengkap.

Kebanyakan masa, seorang pedagang bukannya entry pasaran. Kebanyakannya adalah melihat Entry yang dah activated. Nak hold ke or nak biar?

Ini lah masanya yang selalu emosi kacau. Merah je masuk moood hold, biru je masuk mood Exit unless dia tiba2 lonjak or tiruk. Arr, masa tu gebang.

Citer dia, kena ada kaedah exit yang lengkap. Tau apa nak buat. Antara yang asas:


Exit berdasarkan sebab entry.

Kalau trade news tu trade news lah. Volatility news, ambik, keluar. Apa nya yang hold sampai 5 hari. Harjit Singh Hullon pun ambik cuti daripada baca berita arr.

Kalau trade swing, bagi lah price tu bernafas. Swing apanya SL 15 pips. Adehh.


Exit berdasarkan price action

Dah entry buy, keluar price action sell. Dekatkan SL kepada current level. Bukan SL makin jauh. Nak lawan market ke?


Exit berdasarkan prestasi sistem.

Ketahui expectancy sistem anda. Kalau dia 0.5R, bila price dah sampai level tu, manage posisi. Letak BE.


Ada few lagi kaedah exits. Bentuk lah kaedah exits. Tahu bila nak masuk bila nak keluar bila nak hold.


Trade sistem anda. Jangan nak tau semua apa benda dalam dunia nie. Ikan makan umpan, nak buy ke sell GBPNZD? Pening arr..


Kalau analisa fundamental, anda dah memilih apa untuk entry. Apa yang kukuh, apa yang lemah. Tunggu price action. Trade the system.


Itu sahaja. Sekian.


#educationmatters

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • whatsapp
  • linkedin
  • instagram
  • Facebook
  • Youtube
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now